Kelas Advokasi – Video Advokasi

6 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi dengan memainkan video secara menyeluruh tentang Advokasi. Objektif kelas pada petang ini adalah untuk mengingatkan kembali Advokasi yang telah dikongsikan bersama peserta. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Pada kelas ini, video tentang Advokasi dimainkan bagi mengingatkan kembali Advokasi yang telah dikongsikan selama ini di Pusat Internet Rantau Panjang ini. Hal ini, bagi memantapkan lagi pengetahuan peserta dalam Advokasi. Dengan aktiviti seperti ini, walaupun acap kali dilakukan kita ingin memastikan komuniti sentiasa berjaga-jaga dalam kehidupan mereka dalam dunia sosial media masa ini.

Apa yang kita harapkan impak dari perkongsian ini dapat membantu peserta untuk sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang berlaku pada masa ini. Melalui pemerhatian, peserta-peserta memberi respon positif dan penuh semangat dalam sesi perkongsian. Semoga dengan pendedahan ini dapat dimanfaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali